Profil Syarikat

Latar Belakang Syarikat

RRAB Travel & Tours Sdn Bhd telah ditubuhkan bawah akta syarikat 1965 pada 12 Mac 2019 sebagai syarikat pelancongan persendirian.

RRAB Travel & Tours Sdn Bhd diterajui dengan pimpinan Pn. Rahima binti Abdul Hamid Abdullah dan dibantu oleh Pn. Fariza binti Hamzan serta sokongan daripada En. Abdul Aziz bin Muhamad dibawah naungan Pn. Nor Aida binti Muhamad, pemegang saham utama bagi syarikat RRAB Travel & Tours. Dengan pengalaman yang luas dan juga kerjasama kukuh daripada pihak pengurusan serta berlandaskan visi, misi dan objektif syarikat yang telah diterapkan, kami percaya formula tersebut adalah asas yang terbaik bagi pembangunan dan memperluaskan servis perkhidmatan pelancongan untuk setiap lapisan masyarakat yang ingin mengembara.

RRAB Travel & Tours Sdn Bhd mempunyai lokasi yang strategik iaitu di Kelana Jaya yang mempunyai akses perkhidmatan pengangkutan awam yang berdekatan dan juga berhampiran dengan jalan utama.

Misi Kami

RRAB Travel & Tours Sdn Bhd  adalah sebuah syarikat pelancongan akan menyediakan servis yang terbaik dan menjadi ejen perlancongan yang berprestij serta dipercayai oleh pelbagai kaum dan masyarakat.

Visi Kami

RRAB Travel & Tours Sdn Bhd akan memenuhi matlamat dan sentiasa berdaya saing untuk menjadi syarikat yang terbaik dalam industri perlancongan yang semakin mencabar.

Nor Aida Binti Muhamad

Empayar Kelana(M) Sdn Bhd – Pengarah

Memantau seluruh operasi syarikat agar selaras dengan matlamat syarikat.
Merupakan pemegang saham utama syarikat.

Rahima Binti Abdul Hamid Abdullah

SKAI Network Sn Bhd (2014 – Terkini)
Pengurusan & Operasi

Beliau bertanggungjawab dalam mengurus Syarikat Skai Network serta memantau dan mengurus OPEX dan CAPEX syarikat. Beliau juga betanggungjawab dalam bahagian Operasi, Sistem Admin, Kewangan dan Sumber Manusia. Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam kalangan pekerja untuk memastikan maklamat syarikat tercapai.

Wolters Kluwer Cyberjaya (2012 – 2013)
Produk Editor

Memastikan pengurusan dan keperluan servis audit mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh ‘ US tax Legistation‘ dan memastikan hasil percetakan pada tahap maksimum.

Empayar Kelana (2010- 2012)
Pengurus Projek/Pembantu Pengurus Besar

Memantau seluruh operasi untuk bahagian Admin, Sumber Manusia dan Kewangan serta Pengambilan kaki tangan. Menganalisis pembangunan perniagaan yang baru dan menyediakan pelbagai objektif pengurusan bagi mengawal prestasi kaki tangan.

Empayar Kelana (2008 – 2010)
Pengurusan &  Koordinator

Memastikan dokumentasi dan pengurusan bagi projek Overseas Empire dalam kawalan.
Memantau dan mengenalpasti masalah yang terkini dan menyediakan jalan penyelesaian.

Empayar Kelana (2005- 2008)
Projek Eksekutif

Membantu Pengurus Projek dalam pemantauan pengurusan dan penyedian jadual harga.
Terlibat dalam projek migrasi Celcom 3G bagi seluruh negara.

Fariza Binti Hamzan

Empayar Kelana(M) Sdn Bhd (2007 – Terkini)

Mempunyai pengalaman lebih dari 11 tahun dalam bidang pengurusan kewangan dan pentadbiran sebagai Pengurus Kewangan dan Pentadbiran.

Memantau segala operasi termasuk pembayaran utiliti, urusan bank, pelanggan, Juruaudit dan sebagainya. Bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan syarikat Empayar Kelana termasuk bahagian Sumber Manusia.

Tuan Haji Rahman Bin Amin

Beliau mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di Akademi Mutawwif dan latihan menjadi Penceramah di Kuiscell Kajang. Beliau turut menghadiri kursus Mutawwif anjuran AlFAJR Travel. Selepas mengikuti kursus Mutawwif, beliau terus menimba pengalaman dan juga menjalankan umrah kursus, Kursus Pemantapan Perwakilan, Kursus Mutawwif di beberapa syarikat. Beliau juga telah mengikuti kursus pengukuhan hukum hakam dan kursus haji yang dikendalikan oleh Tabung Haji.

Beliau juga mengendalikan kerja-kerja berkaitan tanah dengan Zaituna Travel dan mengendalikan kursus umrah dengan beberapa buah syarikat seperti Muqmeen Travel, Sama Travel, Simply Umrah, Al Khausar Travel dan lain-lain.